Saturday, May 16, 2015

Karangan Jenis Fakta : DEMAM DENGGI


     Demam denggi merupakan penyakit yang berpunca daripada nyamuk aedes betina. Penyakit berjangkit ini jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut. Di Malaysia, jumlah kes yang berpunca daripada penyakit denggi dilaporkan meningkat saban tahun dan telah meragat banyak nyamuk.

     Faktor yang menyebabkan penyakit demam denggi ini merebak ialah melalui gigitan nyamuk aedes yang membawa kuman demam denggi. Selain itu, penyakit ini juga berpunca melalui jangkitan daripada manusia yang mempunyai kuman demam denggi di dalam badannya kepada manusia lain.
     Terdapat beberapa tanda serangan pada seseorang yang dijangkiti penyakit demam denggi. Antaranya ialah, demam kuat yang mengejut dan berterusan, bintik-bintik merah pada kulit seta sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi biji mata, dan kepala.

     Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit demam denggi, rawatan utama adalah mengelakkan pesakit tersebut minum air. Pesakit juga hendaklah dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.

     Sebenarnya penyakit demam denggi ini dapat dicegah sekiranya masyarakat prihatin tentang kebersihan dan kesihatan mereka. Hal ini didemikin kerana kebanyakkan kes demam denggi yang dilaporkan, berpunca dari rumah dan juga halaman rumah yang kotor.

     Justeru, amalan gaya hidup bersih dan sihat mestilah dipratikkan supaya kes penyakit berbahaya ini dapat dikurangkan ke tahap minimum. kita hendalah sentiasa beringat dan berwaspada dengan kebersihan persekitaran dan kediaman kita agar tidak menjadi tempat pembiakan.

Syarahan : Kerajinan Tunggak Kejayaan Gemilang

     Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, dan hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertanjuk, ''Kerajinan Tunggak Kejayaan Gemilang.''

Hadirin yang saya hormati,

     Menurut kamus Dewan, kerajinan bermaksud ketekunan. Tunggak pula bermaksud asas. Manakala gemilang bermaksuk cemerlang. Berdasarkan definisi ini, jelaslah bahawa ketekurang merupakan asa kejayaan yang cemerlang.

Hadirin sekalian,

     Setiap kejayaan diukur daripada sesuatu usaha. Tiada rahsia tertentu untuk menjadi murid yang cemerlang. Rahsia kejayaan mereka hanyalah sikap rajin bertanya kepada guru dan rajin belajar.

     Banyak manfaat yang akan diperoleh jika seseorang mengamalkan sikap rajin. Antaranya ialah, menghargai nikmat kehidupaan. Hal ini disebabkan mereka yang rajin pasti melalui cabaran hidup yang berliku untuk mencapai impian yang diingingkan. Cabaran ini akan mematangkan mereka untuk menghadapi cabarang yang seterusnya.

     Malah, mereka yang mengamalkan sikap rajin dapat meneroka pelbagai cabaran ilmu dengan lebih meluas. Sebagai contoh, jika kita seorang ayah itu rajin mencari peluang untuk menambah pendapatan, dia akan berusaha untuk menambah ilmunya.

Sidang hadirin yang budiman,

     Berdasarkan penerangan saya tadi, jelan terbukti bahawa kerajinan tunggak kejayaan gemilang. Oleh itu, rajinlah berusaha untuk berjaya.
Sekian terima kasih.

Karangan Jenis Dialog : Ibu kamu baru pulang dari tempat kerja. Beliau telah menegur kamu kerana tidak mengemas rumah.


Ibu : Assalamualaikum Lili.
Lili  : Wassalamussalam. Ibu dah balik.Mari Lili bantu ibu angkat beg itu.

Ibu :  Terima kasih, Lili. Eh, kenapa rumah bersepah sangat ini? Lili tak mengemas rumahkah
 Lili : Lili menonton televisyen tadi, ibu.
 Ibu : Lili, tak elok biarkan rumah bersepah begini, sebagai anak sulung, Lili mestilah membantu ibu dan ayah mengemas rumah. 
 Lili : Maafkan Lili, Ibu. Lili berjanji akan mengemas selepas menonton televisyen ini.
Ibu : Lili, ibu tidak suka melihat Lili bertangguh kerja. Ibu mahu Lili menjadi anak yang berdisiplin. Lagipun, bukankah pagi tadi ibu sudah berpesan kepada Lili agar mengemas rumah?
Lili : Maafkan Lili. Lili terlupa pesanan ibu pagi tadi.
Ibu : Kalau begitu, Lili kemaslah rumah sekarang.
Lili : Baiklah, ibu. Lili akan mengemas rumah sekarang juga.
Ibu : Baguslah begitu. Sebagai anak sulung, Lili mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada adik-adik. 
Lili : Baiklah. 

PERBAHASAN : Kerja Rumah Murid

     Selamat sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan. Yang saya hormati, Tuan Pengacara Majlis, Tuan Guru Besar, para haki yang lestari keadilan, barisan pencadang, guru - guru, dan rakan-rajab seperjuangan sekalian. Tajuk perbahasan kita hari ini berbunyi ''Kerja Rumah Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada keburukan''. 

     Terbelih dahulu, izinkan saya mendefisikan hujah saya yang pertama selaku pembangkan yang pertama. ''Murid - murid'' bermaksud kanak - kanak yang masih bersekolah, ''tidak wajar'' bermaksud tidak sepatutnya manakala ''dibebahi kerja rumah'' pula bermasud diberi kerja rumah yang banyak selepas waktu persekolahan.
Hadirin yang dimulaikan, 
    
     Hujah saya yang pertama, pertama, pemberian kerja rumah selepas wakt persekolahan sebenarnya kanak. Waktu petang terpaksa diisi dengan membuat kerja - kerja rumah yang perlu disiapkan. Persolannya, adakah waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih tidak mencukupi untuk kanak - kanak ini?

     Kerja rumah juga menjadikan sebahagian besar kanak - kanak melalui kehidupan mereka seperti robot atau mesin. Mereka diarahkan membat kerja - kerja yang memadai dibuat di ini menyebabkan mereka berasa bosan akan kehidupan harian mereka. Maka, ada antara mereka yang laksana pahat dengan penukul apabila disuruh membuat kerja rumah.

     Zaman kanak - kanak sepatutnya zaman yang paling menyeronokkan, Cara pembelajaran yang diberikan hendaklah mengambil kira keupayaan dan kemampan umur mereka. Menyebabkan mereka akan hilang minat dan fokus untuk belajar.

     Kesimpulannya, kami sebagai pihak pembangkang tetap dengan  pendirian bahawa pemberian kerja rumah lebih banyak mendatangkan keburukan kepada murid - murid berbanding hanya sekelumit kebaikan yang diperoleh. Sekian, terima kasih.

Ucapan : Motivasi Kecemerlangan Akademik

Selamat sejahtera. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat 1, barisan Penolong Kanan, Guru - guru Cemerlang, guru-guru, dan murid - murid yang dikasihi. Saya amat berbesar hati kerana diundang untuk berucap kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Hadirin yang saya hormati,
     Saya bekas murid sekolah ini. Saya meninggalkan sekolah ini 15 tahun yang lalu kerana melangkah kesekolah menengah. Sekarang,saya bertugas sebagai pesyarah di University Teknologi Petronas (UTP) , Perak.
     
      Pencapaian saya sekarang adalah berkat didikan guru-guru dan usaha gigih saya semenjak bangku sekolah rendah lagi. Saya sentias memanfaatkan masa senggang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca, menyalin nota, membuat latih tubi, dan mengulang kaji pelajaran. Impaknya, saya memperoleh kejayaan pada peringkat UPSR sehinggalah bergelar doktor kini.
     
       Kepada putera dan puteri sekolah ini yang akan menduduki peperiksaan UPSR, saya sarankan agar akan belajar bersungguh - sungguh untuk meraih kejayaan cemerlang. Berikanlah kejayaan sebagai buah tangan kepada ibu - bapa dan guru - guru sebagai menghargai perngorbanan mereka. 
     
        Dalam usaha menuju kejayaan, amalkanlah bidalan melayu kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapar sangunya. Bidalan ini mengingatkan kita bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan kegigihan. Oleh itu, berlajarlah bersungguh-sungguh.
    
        Sebagai mengakhiri pertemuan kita pada pagi yang berbahagia ini, saya doakan semoga kalian berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Kejayaan kalian merupakan jaminan masa hadapan yang lebih cerah. Sekian terima kasih.

Autobiografi: Aku Sebuah Televisyen

Kerangka Karangan

-Dilahirkan di sebuah kilang Panasonic di Shah Alam.
-Dihantar ke sebuah kedai elektrik di Kuala Lipis.
-Dipamerkan di dalam almari kaca.
-Dibeli oleh seorang lelaki.
-Diletakkan di ruang tamu rumahnya.
-Aku digunakan dengan lasak setiap hari.
-Rosak akibat petir.
-Dibuang

Contoh Karangan

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Walau bagaimanapun, selalunya aku digunakakan untuk berhibur. Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.

Setelah aku selesai dipasang dan diuji, aku diletak di dalam kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.

Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya-tanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu membeli ku kerana harga aku agak mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.

Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia mungkin sangat berminat untuk memiliki aku apabila dia dilihat tawar-menawar harga ku kepada tuan kedai. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan harga RM4000.00.

Selepas itu aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku kepada mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang walaupun pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar menyebabkan aku berasa sedih kerana mereka kurang menjaga keselamatan diri ku.

Kebimbangan ku itu akhirnya berlaku juga. Semasa hujan pada suatu malam, aku terpadam akibat kilat. Aku tidak boleh dibetulkan lagi kerana kerosakan ku amat teruk. Akhirnya aku dibuang ke tempat perlupusan sampah. Walau bagaimanpun aku berasa bangga kerana dapat juga aku berbakti kepada manusia di dunia ini semasa hayat ku.

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan sahabat lama.

Sahabat lama kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita di sekolah. Dia telah berjaya menga!ahkan peserta-peserta lain dengan mendapat tempat pertama. Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.

                                                           Kerangka Karangan




Pendahuluan 
-Nama

-Alamat

-Tarikh

-Kata-kata aluan dan bertanya khabar

Isi-isi 

1. Mengucapkan tahniah kepada sahabat kerana kejayaannya
-berita kejayaannya diperolehi daripada salah seorang sahabat.

2. Melahirkan rasa gembira atas kejayaannya itu.

3. Menyatakan kamu memang sudah menjangkakan kejayaan tersebut kerana dia dilihat memang berbakat sejak dari mula.
–Suka bercerita dan ramai orang suka mendengar ceritanya

4. Berharap dia terus aktif dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.

Penutup 

-Berharap dapat menghubung selalu agar bersahabatan terus erat dan berkekalan.

-Tanda tangan
                                                                 Contoh Karangan

                                                                                                                              Nik Muhammad Haziq
                                                                                                                              16200,Tumpat
                                                                                                                              Kelantan.

                                                                                                                              20 April 2015

Assalamualaikum,

Menemui sahabat ku Mia yang berada di Sekolah Kebangsaan Merapoh, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Syukur, saya serta keluarga di sini sihat walafiat.

Saudari,

Sudah lama saya tidak mendengar berita daripada saudari semenjak saya bertukar ke Mentakab. Masih ingatkah saudari kapada saya?

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan saudari dalam pertandingan bercerita baru-baru ini. Saya mendapat berita tersebut daripada salah seorang sahabat kita iaitu Amirul yang kebetulan kami bertemu dalam satu majlis perkahwinan yang kami hadiri baru-baru ini.

Tahniah atas kejayaan saudari itu! Saya merasa amat gembira atas kejayaan saudari itu kerana saya memang berharap saudari menyertai pertandingan bercerita semasa kita sama-sama satu sekolah dahulu lagi. Ini kerana saya yakin saudari boleh memenangi pertandingan bercerita berdasarkan kepetahan saudari bercerita di kelas dahulu.

Kejayaan saudari ini memang tidak menghairankan kerana saudari memang pandai bercerita. Saudari sangat berbakat dalam bercerita. Sebab itulah kawan-kawan amat suka mendengar cerita saudari apabila saudari bercerita di dalam kelas dahulu. Antara cerita menarik saudari yang masih saya ingat ialah Kisah "Sesat di Pulau Tioman".

Untuk memperoleh kemenangan tersebut bukanlah sesuatu perkara yang mudah tanpa bakat dan usaha yang bersungguh-sungguh. Saya amat menghargai usaha yang telah saudari buat dan berharap saudari teruskan usaha tersebut dengan lebih giat lagi. Saya mendoakan agar saudari mencapai kejayaan yang  cemerlang dalam pertandingan bercerita di peringkat yang lebih tinggi pada suatu hari nanti.

Sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini. Akhir kata sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat terus berhubung dari masa ke semasa dan dapat bertemu nanti.

Sekian, Terima kasih.

                                                                                                                                        Sahabat Mu,
                                                                                                                                             Haziq