Ibu : Assalamualaikum Lili.
Lili : Wassalamussalam. Ibu dah balik.Mari Lili bantu ibu angkat beg itu.
Ibu : Terima kasih, Lili. Eh, kenapa rumah bersepah sangat ini? Lili tak mengemas rumahkah
Lili : Lili menonton televisyen tadi, ibu.
Ibu : Lili, tak elok biarkan rumah bersepah begini, sebagai anak sulung, Lili mestilah membantu ibu dan ayah mengemas rumah.
Lili : Maafkan Lili, Ibu. Lili berjanji akan mengemas selepas menonton televisyen ini.
Ibu : Lili, ibu tidak suka melihat Lili bertangguh kerja. Ibu mahu Lili menjadi anak yang berdisiplin. Lagipun, bukankah pagi tadi ibu sudah berpesan kepada Lili agar mengemas rumah?
Lili : Maafkan Lili. Lili terlupa pesanan ibu pagi tadi.
Ibu : Kalau begitu, Lili kemaslah rumah sekarang.
Lili : Baiklah, ibu. Lili akan mengemas rumah sekarang juga.
Ibu : Baguslah begitu. Sebagai anak sulung, Lili mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada adik-adik.
Lili : Baiklah.
No comments:
Post a Comment